Mengenai NADI
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
NADI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap NADI menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan NADI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif NADI
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
KAMPUNG PARIT HAJI IDRIS telah diteroka pada tahun 1919 oleh Haji Wahab dan Haji Idris. Keadaan pada masa itu masih hutan, berair dan selalu berlaku banjir. Setelah diusahakan, kawasan tersebut telah ditanam dengan padi, jagung, ubi, keladi dan lain-lain tanaman kontan
Haji Idris telah dilantik oleh penduduk di situ sebagai ketua kumpulan dan seterusnya dilantik sebagai Ketua Kampung. Setelah Haji Idris meninggal dunia, tempat beliau diganti oleh Rahmat Bin Haji Wahab.
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024MICROSOFT WORD : POSTER KITAR E-WASTE![](images/baru.gif)
Aktiviti Terkini | 14 September 2024
Tujuan kelas ini di adakan adalah untuk mengajar pelajar untuk membuat poster dengan menggunakan Microsoft Word dan menggunakan format dan tools yang ada...........baca selanjutnya
JADUAL – MICROSOFT WORD
Aktiviti Terkini | 10 Ogos 2024Program ini merupakan sebuah program bulanan yang diadakan oleh pengurusan NADI Kampung Parit Haji Idris bersama-sama dengan komuniti setempat..........baca selanjutnya
MICROSOFT EXCEL : JADUAL DAN FORMULA
Aktiviti Terkini | 12 Julai 2024Tujuan kelas ini di adakan adalah untuk mengajar pelajar untuk membuat jadual dengan menggunakan Microsoft Excel dan juga mengajar pelajar cara pengiraan jumlah dengan menggunakan formula.........baca selanjutnya
MICROSOFT EXCEL : MEMBUAT RESIT PEMBAYARAN
Aktiviti Terkini | 14 Jun 2024Tujuan kelas ini dilaksanakan adalah untuk mengajar pengguna yang ingin membuat resit pembayaran dengan menggunakan Microsoft Excel........baca selanjutnya
USAHAWAN : POSTER JUALAN BISKUT JEJARI COKLAT
Aktiviti Terkini | 26 Mei 2024Tujuan program ini adalah untuk membimbing dan bersama-sama menghasilkan poster yang menarik untuk tujuan jualan dan ianya juga boleh digunakan sebagai sticker untuk dilekatkan di bekas-bekas jualan.......baca selanjutnya
MICROSOFT EXCEL : KHAT KUFI
Aktiviti Terkini | 6 April 2024Program ini merupakan sebuah program bulanan yang diadakan oleh pengurusan NADI Kampung Parit Haji Idris bersama-sama dengan komuniti setempat......baca selanjutnya
BASIC ICT : MICROSOFT EXCEL – JADUAL KELAS
Aktiviti Terkini | 29 Mac 2024Program yang di adakan ini bertujuan untuk mengajar pelajar membuat jadual kelas menggunakan Microsoft Ecxel.....baca selanjutnya
PROGRAM STEM : PADDLE BOAT
Aktiviti Terkini | 21 Februari 2024Program ini di laksanakan untuk pelajar mempelajari mengenai pertukaran tenaga potensi kepada tenaga kinetik dengan menggunakan gelang getah untuk menggerakkan botol bot......baca selanjutnya
PROGRAM SUKANEKA : HARI SUKANEKA BERSAMA PELAJAR TABIKA & ADVOKASI 2024
Aktiviti Terkini | 6 Februari 2024Program ini merupakan program penutup kepada sesi 2022/2023 antara pihak NADI Kg Parit Haji Idris dan Tadika KEMAS Kg Parit Haji Idris....baca selanjutnya
LAWATAN KERJA DARI YB NORLIZAH BINTI NOH,PENGARAH PENDIDIKAN, PENERANGAN DAN KOMUNIKASI NEGERI JOHOR
Aktiviti Terkini | 21 Januari 2024Lawatan kerja ini merupakan salah satu tentatif bagi lawatan YB Norlizah ke setiap daerah dan dimulai dengan daerah Tangkak.....baca selanjutnya
PROGRAM STEM – LAVA LAMP
Aktiviti Terkini | 20 Januari 2024Tujuan utama program ini adalah untuk menerangkan mengenai bahawa...baca selanjutnya
PROGRAM USAHAWAN CILIK – JAJAN OLD SCHOOL
Aktiviti Terkini | 20 Januari 2024Tujuan utama program ini adalah untuk memberi ilmu keusahawan kepada pelajar dan mengajar pelajar untuk membuat pengiraan dalam bidang berniaga supaya tidak rugi.....baca selanjutnya
Klik Dengan Bijak (KDB)
Sepanjang Tahun | Berita TerkiniPembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya
Latihan Usahawan
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniLatihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya
Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniPerkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya