PROGRAM ICT : KELAS KOMPUTER BERSAMA TABIKA KEMAS KAMPUNG PARIT HAJI IDRIS
Aktiviti terkini |13 Disember 2023Tempat Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital Kampung Parit Haji Idris
Ringkasan Aktiviti :
• Aktiviti ini diadakan bersama-sama dengan pelajar Tabika KEMAS Kampung Parit Haji Idris.
• Peserta yang menghadiri aktiviti ini terdiri daripada pelajar-pelajar yang berumur di antara 4-6 tahun
• Program pada kali ini adalah untuk memperkenalkan kepada para pelajar peralatan komputer dan menggunakan mouse dengan betul.
• Pelajar juga dapat menggunakan peralatan komputer bagi menjelaskan lagi fungsi dan kegunaan sesuatu peralatan.
Tujuan Aktiviti :
• Tujuan utama program ini adalah untuk memberi pengenalan asas mengenai komputer kepada para pelajar dan cara menggunakan mouse dengan betul.
• Melalui program ini, para pelajar dapat mengenali dan mengetahui beberapa peralatan komputer yang asas yang digunakan untuk kegunaan seharian.
Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Program ini diadakan pada jam 9.30 pagi dan berlangsung selama 2 jam.
• Peserta diberikan penerangan mengenai fungsi komputer dan peralatan komputer.
• Peserta juga melakukan aktiviti menggunakan peralatan komputer menerusi website abcya.com.
Kebaikkan Aktiviti :
• Celik IT di usia muda
• Mengetahui dan memahami setiap fungsi peralatan komputer
• Dapat belajar mengunakan peralatan komputer dengan betul
• Dapat mengetahui cara menggunakan mouse dengan betul.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :