INFORMASI TEMPATAN

Maklumat Komuniti

Maklumat Am
KAMPUNG PARIT HAJI IDRIS telah diteroka pada tahun 1919 oleh Haji Wahab dan Haji Idris. Keadaan pada masa itu masih hutan, berair dan selalu berlaku banjir. Setelah diusahakan, kawasan tersebut telah ditanam dengan padi, jagung, ubi, keladi dan lain-lain tanaman kontan

Haji Idris telah dilantik oleh penduduk di situ sebagai ketua kumpulan dan seterusnya dilantik sebagai Ketua Kampung. Setelah Haji Idris meninggal dunia, tempat beliau diganti oleh Rahmat Bin Haji Wahab.

Kedudukan Kampung & Taman
Pekan yang paling hampir adalah Pekan Gurun iaitu lebih kurang 9 km jaraknya. Kebanyakkan penduduk atau pelawat akan ke Pekan Gurun untuk urusan-urusan utama atau membeli barang-barang keperluan dan berurusan dengan bank serta mereka juga boleh pergi ke pekan Jeniang yang jauhnya lebih kurang 12 km. Terdapat juga plaza tol utara selatan yang berhampiran sejauh 7 km jaraknya.

Populasi
Kampung Parit Haji Idris – Jumlah Keluarga : 267
Bilangan penduduk dianggarkan : 1357
Majoriti penduduk yang menetap di Kampung Parit Haji Idris adalah kaum Melayu yang dianggarkan berjumlah 1357 orang penduduk. Kebanyakan kawasan penempatan di kampung ini dibina secara berjajaran dan seni bina rumahnya pula masih lagi mengekalkan seni bina rumah Melayu walaupun ada juga rumah yang menerima sentuhan separa moden

Rekreasi & Pelancongan

Pusat Tumpuan Pelancong

Ladang Herba & Rempah Ratus Nasuha Pagoh
Air Terjun Gunung Ledang, Sagil
Kolam Air Panas Sungai Gersik Muar
Kemudahan Awam
Masjid Jamek Bukit Gambir
Bank CIMB
Pendidikan
Tabika Kemas Parit Haji Idris
SK Bukit Gambir
SK Parit Kasan
Kisah Kejayaan

Profil : Faizah Binti Awang Kecik
Umur : 32 Tahun
No. Telefon : 016-4372263
Alamat : No. 1340, Lorong 58, Taman Ria Mesra 2, 08300 Gurun, Kedah

Latar belakang
Pn. Faizah merupakan usahawan sepenuh masa yang menjalankan perniagaan bersama suaminya sejak mereka berkahwin pada tahun 2003 sehingga kini 2016. Perniagaan ini didaftarkan di bawah DIZA KENANGAN ENTERPRISE (001722610-K). Perniagaan ini telah 13 tahun bertapak yang bermula secara kecil-kecilan dengan dengan hanya memiliki 6 biji oven kecil, tetapi sekarang telah mempunyai oven yang besar 4 biji. Pn. Faizah telah mendapat dorongan dari suaminya dan tanpa mengenal erti putus asa berusaha setiap hari membuat kuih bahulu sehingga menjadi popular seperti sekarang. Perniangaan yang dijalankan oleh beliau tidak mendapat sebarang bantuan dari mana-mana agensi. Bahkan mereka suami isteri berusaha dengan titik peluh sendiri untuk membeli peralatan kelengkapan membuat kuih seperti mesin adunan, oven dan lain-lain lagi bagi memperkembangkan perniagaan mereka.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pn. Faizah mempunyai 3 orang pekerja bagi membantunya membaut kuih kerana tempahan yang banyak dari pelanggan. Menurut Pn. Faizah mereka dapat menyiapkan bahulu sehari 8000 biji iaitu dari pukul 7.30 pagi - 3.30 petang. Bahulu merupakan produk utama keluaran beliau. Namun sempena hari raya beliau telah menambah beberapa jenis biskut raya kerana mendapat tempahan daripada pelanggan. Antara biskut raya adalah seperti biskut Mazola, tat nenas, semperit, Alma London, kerepek pisang, biskut makmur dan lain-lain lagi.
Beliau telah memasarkan produk di kawasan Baling, Pendang, Sungai Petani dan juga Kuala Ketil. Namun beliau berhasrat untuk memajukan lagi perniagaan ke seluruh Malaysia. Pendapatan yang beliau perolehi sebulan adalah antara RM1000 - RM1500.
Menjelang musim perayaan tempahan yang di terima melebihi keperluan. Oleh itu, beliau telah menambah bilangan pekerja kepada 7 orang dan pendapatan meningkat kepada RM2000 - RM2500. Beliau juga telah mempunyai Facebook sendiri dan menerima lebih banyak tempahan di Facebook.

Profil : Intan Salina Binti Ismail
Umur : 11 Tahun
Email : intansalina86@gmail.com
No. Telefon : 017-5949025
Alamat : No 499, Lorong 14, Taman Ria Mesra 2, 08300 Gurun.

Latar belakang
Nama di beri, Intan Salina Binti Ismail, gelaran di kalangan rakan-rakan adalah Intan sahaja, anak bongsu dari tiga adik beradik. Umur saya 11 tahun. Di rumah saya tidak mempunyai sebarang jenis computer. Telah menjadi ahli Pusat Internet Gurun hampir 4 bulan lebih dan seronok menjadi ahli pusat internet, ini kerana Pusat internet berhampiran dengan rumah saya. Banyak kemudahan yang disediakan. Antaranya kemudahan kelas latihan ICT secara percuma, cuma menjadi keahlian sahaja sudah dapat menyertai kelas, bayaran pun berpatutan hanya RM 5.00.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Saya kurang mahir menggunakan computer dan tidak pergi ke mana-mana kelas ICT serta tidak tahu membuat tugasan serta mencari maklumat di internet, Cuma hanya berpandukan tunjuk ajar dan bentuan dari ahli keluarga.

Apa yang dipelajari melalui PI
- Mempelajari Ms. Office (Word, PowerPoint)
- Cara mencipta email (Gmail, Yahoo)
- Cara mencari maklumat menggunakan internet mempelajari aplikasi isian seperti Paint dan Photoscape.


Kelas latihan yang dihadiri



Aktiviti yang disertainya


Maklumbalas :
Pengurus / Penolong Pengurus PI banyak membantu saya dalam meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam ICT. Bimbingan tentang penggunaan Ms. Office pun hampir saya mahir dengan sepenuhnya.

Keusahawanan

Perusahaan Perkhidmatan ( BOB Besi )

Profile Usahawan
Shamshul Amir Hamzah Bin Ahmad
Umur : 31 Tahun
011- 33876680
Beralamat No 4, Lorong 1, Taman Ria Mesra 2, 08300 Gurun, Kedah
Bermula sudah 6 bulan dan berdaftar dengan SSM dengan nama Sahaa Classic Enterprise ( AS 0328339- V ) menyediakan pelbagai perkidmatan, antaranya perkidmatan yang diberikan adalah berkaitan dengan kerja besi seperti membuat pintu grill serta pagar grill dan lain-lain berkaitan, sewa lori, ubah suai rumah, karbinet dapur. Pelanggan adalah dari penduduk kampung dan taman yang terdekat dan jika jauh mungkin akan di pertimbangkan untuk melakukan perkhidmatan tersebut.
Perkidmatan Yang Disediakan
Facebook & website
Masih belum ada lagi dan mungkin akan lakukan di kemudiannya, buat masa sekarang urus niaga melalui talian tel dan pergi ke kedai.





ZNF Glob

Perusahaan Barang-Barang Runcit & Hasil Laut
Profile Usahawan
 Ahmad Idrus Bin Musa
 Umur 34 Tahun
 Berasal dari Kuala Kedah, melakukan perniagaan di Taman Ria Mesra 2, Gurun
 Diusahakan bermula 13/09/2015, modal pusingan dengan hasil usaha beliau sendiri. Menjalankan perniagaan secara kecil kecilan dahulu dan mungkin akan memperkembangkan perniagaan ke peringkat lebih tinggi. Produk terdiri dari segala hasil laut seperti ikan kering, ikan perkasam, pencicah dan lain-lain hasil laut.
Facebook & website
 Masih belum ada lagi dan mungkin akan lakukan di kemudiannya, buat masa sekarang urus niaga melalui talian tel dan pergi ke kedai.




SWS BEAUTY CARE

PUSAT PRODUK KECANTIKAN DAN KESIHATAN
Profile Usahawan
 Wahida Binti Wahid
 36 tahun
 Berasal dari Maran,Pahang.melakukan perusahaan di No.29,Lorong Mesra 3, Taman Ria Mesra, Gurun, Kedah.
 Di SWS Beauty Care menjual produk kecantikan dalaman juga luaran.. SWS juga menjual produk kesihatan bagi perempuan dan lelaki.. SWS juga menawarkan perkhidmatan SPA untuk wanita yang telah berkahwin dan belum berkahwin dan menawarkan perkhidmatan SPA dri hujung rambut hingga ke hujung kaki.
Facebook :-
https://www.facebook.com/SWS-Beauty-CARE-358134161013802/?fref=nf.facebook.com/wahida.beautycare?fref=nf
Melalui talian :- 019-4756464