E-LEARNING : PAINT

Aktiviti terkini |25 November 2023

Tempat Aktiviti:
PEDi Kampung Parit Haji Idris

Ringkasan Aktiviti :
• Aktiviti ini diadakan bersama-sama dengan komuniti setempat Kampung Parit Haji Idris
• Peserta yang menghadiri aktiviti ini terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah rendah.
• Aktiviti kali ini menggunakan aplikasi Paint untuk melukis atau melakar beberapa buah bendera negara.
• Aktiviti yang diadakan secara santai ini dapat mengukuhkan lagi pemahaman peserta ketika menggunakan komputer dan aplikasi yang ada di dalamnya.

Tujuan Aktiviti :
• Tujuan utama aktiviti ini adalah untuk menarik minat peserta untuk mempelajari jenis-jenis pembelajaran berteraskan E-Learning.
• Melalui aplikasi Paint ini, peserta dapat meneroka dan berimaginasi untuk menggunakan segala alatan yang ada untuk menghasilkan beberapa buah lakaran bendera negara.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Aktiviti yang diadakan pada jam 9.30 pagi.
• Aktiviti ini dijalankan pada cuti hujung minggu bagi memenuhi masa para peserta.
• Peserta dikehendaki untuk melakar dua buah bendera negara iaitu bendera negara Palestin dan juga bendera negara Malaysia.
• Peserta juga diminta untuk mewarnakan bendera yang telah dilakar menggunakan warna-warna yang ada.

Kebaikkan Aktiviti :
• Mengukuhkan lagi pemahaman peserta dalam mengendalikan komputer.
• Mengulangkaji pelajaran dalam aplikasi Paint.
• Peserta dapat berimaginasi dengan baik ketika melakar bendera tanpa bantuan visual.
• Memenuhi masa lapang pada cuti hujung minggu.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :