PROGRAM KITAR DAN STEM - MEMBUAT KIPAS TANGAN MENGGUNAKAN BOTOL MINUMAN

Aktiviti terkini |14 Oktober 2023

Tempat Aktiviti:
PEDi Kampung Parit Haji Idris

Ringkasan Aktiviti :
• Program ini disertai oleh pelajar sekolah rendah yang berumur 10 tahun – 12 tahun.
• Seramai hampir 6 orang pelajar telah menyertai program ini.
• Program ini dianjurkan untuk memberi pendedahan mengenai Projek STEM dan Program Kitar.
• Pembelajaran STEM ini dapat memberi ilmu baru serta mampu menarik minat para pelajar untuk lebih menjalankan aktiviti yang bermanfaat.

Tujuan Aktiviti :
• Tujuan utama program ini adalah untuk menonjolkan kreativiti pelajar dalam membuat kipas tangan dengan menggunakan botol minuman, batang aiskrim, lidi , benang dan gam.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Program bermula pada jam 9.30 pagi – 1.00 petang.
• Pelajar mendaftar nama melalui aplikasi whatsapp.
• Pelajar akan di beri tontonan melalui youtube cara membuat kipas tangan ini.
• Kemudian setiap seorang pelajar di beri bahan-bahan untuk membuat kipas tangan ini.
• Selesai membuat kipas tangan ini, pelajar akan menguji kipas tangan ini, berjaya ataupun tidak.
• Sekitar jam 11.30 pagi peserta yang mengikuti Program Kitar akan datang untuk menuntut hadiah mengikut berapa kupon yang telah di kumpulkan.

Kebaikkan Aktiviti :
• Dapat memupuk minat pelajar untuk membuat projek STEM ini.
• Menjadikan setiap pelajar itu mempamerkan kreativiti mereka dalam menjalankan setiap hasil tangan yang di lakukan.
• Melahirkan masyarakat yang sayangkan alam sekitar dalam Program Kitar Semula Barangan Elektronik yang tidak digunakan lagi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :