MICROSOFT EXCEL : KHAT KUFI

Aktiviti terkini | 6 April 2024

Tempat Aktiviti:
NADI Kampung Parit Haji Idris

Ringkasan Aktiviti :
• Pihak pengurusan menanti dan menunggu kehadiran para peserta untuk datang ke NADI Kampung Parit Haji Idris ini.
• Program kali ini adalah membuat tulisan Khat Kufi dengan menggunakan Microsoft Excel sahaja.
• Peserta diberikan panduan dan cara yang betul untuk melakukannya.
• Kemudian, peserta diberikan kertas lain untuk membuat sendiri tulisan Khat Kufi ini.

Tujuan Aktiviti :
• Program ini merupakan sebuah program bulanan yang diadakan oleh pengurusan NADI Kampung Parit Haji Idris bersama-sama dengan komuniti setempat.
• Memberi penerangan tentang ciri-ciri serta fungsi perisian Microsoft Excel kepada peserta.
• Memberi peluang kepada peserta untuk menggunakan sendiri salah satu seni penulisan huruf jawi baru iaitu Khat Kufi.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Pendaftaran peserta di NADI Kampung Parit Haji Idris.
• Memberikan penerangan tentang Microsoft Excel dan fungsi-fungsinya.
• Memperkenalkan seni tulisan Jawi iaitu Khat Kufi yang boleh digunakan menggunakan Microsoft Excel ini.

Kebaikan Aktiviti :
• Memberi pendedahan kepada peserta tentang penggunaa Microsoft Excel secara asasnya.
• Peserta dapat mempelajari ilmu baharu iaitu membuat Khat Kufi menggunakan Microsoft Excel.
• Peserta dapat menggunakan Microsoft Excel ini untuk aktiviti yang menyeronokkan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :