PROGRAM SUKANEKA : HARI SUKANEKA BERSAMA PELAJAR TABIKA & ADVOKASI 2024

Aktiviti terkini | 6 Februari 2024

Tempat Aktiviti:
NADI Kampung Parit Haji Idris

Ringkasan Aktiviti :
• Program ini merupakan program tahunan NADI Kg Parit Haji Idris bersama-sama dengan pelajar Tadika KEMAS Kg Parit Haji Idris dan ibu bapa serta guru.
• Program sukaneka ini disertai oleh seramai 30 orang pelajar bersama-sama ibu bapa dan guru.
• Melalui program ini dapat memupuk sikap keyakinan dan kerjasama dalam kumpulan untuk menyelesaikan sesuatu perkara.
• Memberi pendedahan mengenai keselamatan internet kepada para pelajar dan ibu bapa serta guru.

Tujuan Aktiviti :
• Program ini merupakan program penutup kepada sesi 2022/2023 antara pihak NADI Kg Parit Haji Idris dan Tadika KEMAS Kg Parit Haji Idris.
• Program ini juga dapat mengeratkan lagi hubungan di antara staff NADI dan ibu bapa pelajar dan guru.
• Program ini juga dapat menyihatkan tubuh badan dengan aktiviti-aktiviti sukan yang berfaedah.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Para pelajar dikehendaki untuk berkumpul di NADI Kg Parit Haji Idris bersama-sama dengan ibu bapa masing-masing.
• Para pelajar dibahagikan kepada 5 kumpulan di mana setiap kumpulan mempunyai 6 orang pelajar yang terdiri daripada 4,5 dan 6 tahun.
• Setiap kumpulan mewakili rumah sukan masing-masing iaitu Kumpulan Ungu, Kumpulan Biru, Kumpulan Kuning, Kumpulan Hijau dan Kumpulan Merah.
• Antara acara yang dipertandingkan untuk para pelajar adalah Lengkapkan Saya (Puzzle), Masukkan Bola dalam Bekas, Asingkan Jenis Gula-Gula (Musang Berjanggut), Lepaskan Diri Dari Gelung dan Isi Air Dalam Botol.
• Manakala acara untuk ibu bapa pulak adalah Musang Berjanggut, Isi Air Dalam Botol dan Jangan Jatuhkan Belon.
• Ketika sesi berehat, pihak NADI mengambil kesempatan untuk memberikan taklimat ringkas mengenai keselamatan internet.
• Program diakhiri dengan ucapan penutup oleh pihak NADI dan majlis penyampaian hadiah kepada semua peserta dan ibu bapa.

Kebaikan Aktiviti :
• Program seperti ini merupakan salah satu program yang dapat menyihatkan tubuh badan dan minda. • Dengan acara sukaneka seperti ini dapat memupuk sikap bekerjasama dalam kumpulan untuk menyelesaikan sesuatu perkara.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :