PROGRAM STEM : PADDLE BOAT

Aktiviti terkini | 21 Februari 2024

Tempat Aktiviti:
NADI Kampung Parit Haji Idris

Ringkasan Aktiviti :
• Program ini disertai oleh pelajar sekolah rendah yang berumur 9 tahun – 12 tahun.
• Seramai hampir 8 orang pelajar telah menyertai program ini.
• Program ini dianjurkan untuk mengasah ‘critical thinking’ para peserta untuk membuatkan paddle boat dengan hanya menggunakan barangan harian.
• Menerapkan kepada peserta bahawa Sains ini mudah dan menyeronokkan.

Tujuan Aktiviti :
• Program ini di laksanakan untuk pelajar mempelajari mengenai pertukaran tenaga potensi kepada tenaga kinetik dengan menggunakan gelang getah untuk menggerakkan botol bot.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Peserta dipertontonkan video tentang bahan-bahan yang diperlukan dan cara-cara untuk membuat paddle boat melalui Youtube.
• Membahagikan bahan-bahan yang diperlukan kepada setiap kumpulan yang diwakili 2 orang peserta.
• Setiap kumpulan mulai membuat paddle boat masing-masing dengan bantuan daripada staff NADI.
• Setiap paddle boat yang berjaya disiapkan akan diuji keberhasilannya di dalam besen yang berisi air.

Kebaikan Aktiviti :
• Aktiviti ini dapat melihat para peserta mengolah sendiri paddle boat mereka dengan hanya berpandukan video yang ditonton dan juga bantuan daripada staff.
• Peserta juga dapat belajar Sains dengan cara yang santai dan memahami pembelajaran melalui aktiviti yang dilaksanakan.
• Peserta juga boleh berfikir kesalahan yang dilakukan sekiranya paddle boat mereka tidak berfungsi seperti yang dijangkakan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :