PROGRAM USAHAWAN CILIK – JAJAN OLD SCHOOL

Aktiviti terkini | 20 Januari 2024

Tempat Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital Kampung Parit Haji Idris

Ringkasan Aktiviti :
• Program ini disertai oleh pelajar sekolah rendah yang berumur 10 tahun – 12 tahun.
• Seramai hampir 11 orang pelajar telah menyertai program ini.
• Program ini dianjurkan untuk mengajar pelajar untuk membuat pengiraan dari segi kos modal, kos jualan dan keuntungan.
• Pembelajaran dalam keusahawan ini dapat memberi ilmu baru serta mampu menarik minat para pelajar untuk menjadi usahawan.

Tujuan Aktiviti :
• Tujuan utama program ini adalah untuk memberi ilmu keusahawan kepada pelajar dan mengajar pelajar untuk membuat pengiraan dalam bidang berniaga supaya tidak rugi.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Program bermula pada jam 11.30 pagi – 12.30 petang.
• Pelajar mendaftar nama melalui aplikasi whatsapp.
• Pelajar akan di beri penerangan mengenai cara-cara membuat pengiraan dari segi kos modal, kos jualan dan cara untuk mendapatkan keuntungan.
• Kemudian setiap kumpulan di berikan seplastik jajan berupa coklat dan gula-gula.
• Pelajar di kehendaki mengira harga sebiji coklat , kemudian mereka di ajar untuk mengira keuntung dengan cara prngiraan harga jualan di tolak dengan harga modal yang di keluarkan untuk membeli seplastik coklat.
• Dari pengiraan tersebut pelajar dapat mengetahui berapa keuntungan yang mereka akan dapat.

Kebaikan Aktiviti :
• Dapat memupuk minat pelajar untuk menjadi usahawan cilik ini.
• Menjadikan setiap pelajar itu bijak dalam membuat pengiraan dalam jualan supaya tidak mengalami kerugian.
• Melahirkan pelajar untuk mencari duit poket.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :