PROGRAM STEM – LAVA LAMP

Aktiviti terkini | 20 Januari 2024

Tempat Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital Kampung Parit Haji Idris

Ringkasan Aktiviti :
• Program ini disertai oleh pelajar sekolah rendah yang berumur 10 tahun – 12 tahun.
• Seramai hampir 11 orang pelajar telah menyertai program ini.
• Program ini dianjurkan untuk memberi pendedahan mengenai Projek STEM iaitu Lava Lamp.
• Pembelajaran STEM ini dapat memberi ilmu baru serta mampu menarik minat para pelajar untuk lebih menjalankan aktiviti yang bermanfaat.

Tujuan Aktiviti :
• Tujuan utama program ini adalah untuk menerangkan mengenai bahawa :
a) Cuka, pewarna makanan dan minyak tidak boleh bercampur
b) Minyak tidak berubah warna kerana pewarna makanan dan cuka tidak boleh larut dalam minyak.
c) Buih-buih akan terhasil apabila baking soda bercampur dengan cuka dan pewarna makanan.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Program bermula pada jam 10.30 pagi – 11.00 pagi.
• Pelajar mendaftar nama melalui aplikasi whatsapp.
• Pelajar akan di beri tontonan melalui youtube cara menghasilkan lava lamp.
• Kemudian setiap seorang pelajar di beri bahan-bahan seperti minyak masak, cuka, baking soda dan pewarna makanan untuk menghasilkan lava lamp.
• Bahan-bahan tersebut akan di campur mengikut turutan yang di tunjukkan dalam video yang di tonton.
• Setelah bahan-bahan tersebut di campurkan maka terhasilah lava lamp tersebut. Bekas lava lamp tersebut di suluhkan dengan lampu untuk nampak lebih menarik.

Kebaikan Aktiviti :
• Dapat memupuk minat pelajar untuk membuat projek STEM ini.
• Menjadikan setiap pelajar itu mempamerkan kreativiti mereka dalam menjalankan setiap hasil tangan yang di lakukan.
• Memberi lebih ilmu pengetahuan mengenai cuka, minyak dan bagaimana karbon dioksida terhasil.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :