LAWATAN KERJA DARI YB NORLIZAH BINTI NOH, PENGARAH PENDIDIKAN, PENERANGAN DAN KOMUNIKASI NEGERI JOHOR
Aktiviti terkini | 21 Januari 2024Tempat Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital Kampung Parit Haji Idris
Ringkasan Aktiviti :
• Lawatan kerja ini merupakan pertama kalinya bagi YB Norlizah ke PEDi Kampung Parit Haji Idris
• Turut serta dalam lawatan kerja ini Pengarah Suruhanjaya Telekomunikasi dan Multimedia Negeri Johor, Pengarah Pembangunan Suruhanjaya Telekomunikasi dan Multimedia Negeri Johor, Ketua Penolong Pengarah Unit Pembangunan dan Pendaftaran Sektor Pengurusan Sekolah dan Pegawai Perhubungan Jabatan Pendidikan Negeri Johor.
• Memberikan sedikit taklimat mengenai PEDi Kampung Parit Haji Idris dan segala aktiviti yang pernah dan akan dilaksanakan pada masa akan datang.
• Seramai 2 orang wakil usahawan telah dijemput ke lawatan ini untuk diperkenalkan kepada YB dan semua jemputan.
• Hidangan minum petang di sini juga merupakan produk-produk daripada usahawan PEDi KPHI ini.
Tujuan Aktiviti :
• Lawatan kerja ini merupakan salah satu tentatif bagi lawatan YB Norlizah ke setiap daerah dan dimulai dengan daerah Tangkak.
• Beliau lebih memfokuskan kepada pembelajaran dan pendidikan yang boleh dilaksanakan di PEDi ini.
• Wakil usahawan yang dijemput merupakan usahawan daripada PEDi KPHI dan masih aktif sehingga sekarang.
• Memberikan usul idea kepada usahawan agar dapat meluaskan lagi perniagaan mereka ke pasaran luar.
• Usahawan makanan juga mendapat perhatian daripada pihak YB Norlizah agar dapat memasarkan produk-produk mereka ke pasaran yang meluas.
Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Ketibaan YB Norlizah dan deligasi disambut oleh pihak pengurusan PEDi KPHI dan wakil CelcomDigi.
• Semua tetamu terhormat diberikan sedikit taklimat Infopack PEDi untuk tahun 2024 ini.
• YB Norlizah telah memberikan sedikit pandangan dan cadangan kepada pihak PEDi untuk lebih mempromosikan pusat ekonomi digital ini agar lebih ramai komuniti menggunakan fasiliti yang ada di sini.
• Memperkenalkan usahawan PEDi kepada semua iaitu usahawan aiskrim Malaysia Ommi, Puan Rozaimah binti Ali dan usahawan surprise delivery, Puan Fauziahwati binti Mahat.
• Usahawan aiskrim Malaysia Ommi membawa pelbagai jenis perisa aiskrim samada yang legend, yang popular dan yang premium. Beliau turut membawa aiskrim cedok yang merupakan produk baharu keluaran beliau.
• Bagi usahawan surprise delivery pula, beliau telah membawa sebuah bouquet buah untuk dihadiahkan kepada YB Norlizah atas kesudian beliau melawat PEDi di kawasan ini.
• Antara produk usahawan lain yang menjadi sajian minuman petang bagi tetamu terhormat pada hari ini adalah kuih karipap, kuih dangai dan kuih bakar serta popia carbonara.
• Popia carbonara mendapat pujian dan sambutan yang memberangsangkan daripada delegasi tetamu terhormat yang ada. Mereka sempat berjual beli dengan pengusaha popia carbonara yang sememangnya ada di situ.
Kebaikan Aktiviti :
• Pihak YB Norlizah dapat melihat sendiri fasiliti dan kemudahan internet yang ada di PEDi KPHI yang berada di kawasan luar bandar.
• Beliau juga memberikan buah fikiran dan pandangan bagaimana mahu meningkatkan lagi kaedah pembelajaran yang sedia ada.
• Wakil usahawan juga dapat mempromosikan produk masing-masing kepada pihak YB Norlizah dan semua delegasi yang hadir.
• Dengan mengetengahkan produk usahawan kepada tetamu VIP, ianya sedikit sebanyak dapat membuka mata masyarakat bahawa usahawan dari PEDi luar bandar mempunyai potensi untuk lebih maju ke hadapan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :