USAHAWAN : POSTER JUALAN BISKUT JEJARI COKLAT

Aktiviti terkini | 26 Mei 2024

Tempat Aktiviti:
NADI Kampung Parit Haji Idris

Ringkasan Aktiviti :
• Pihak pengurusan NADI Kampung Parit Haji Idris menunggu dan menantikan kehadiran para peserta.
• Aktiviti membuat poster pada hari ini akan menggunakan perisian Microsoft PowerPoint secara asasnya.
• Antara fungsi yang digunakan adalah cara memasukkan gambar, cara memasukkan text box, cara format tools digunakan, cara memasukkan table untuk harga jualan dan peranan warna untuk membuat poster yang eksklusif.

Tujuan Aktiviti :
• Tujuan program ini adalah untuk membimbing dan bersama-sama menghasilkan poster yang menarik untuk tujuan jualan dan ianya juga boleh digunakan sebagai sticker untuk dilekatkan di bekas-bekas jualan.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Pendaftaran peserta di NADI Kampung Parit Haji Idris.
• Peserta diberikan sedikit penerangan tentang aktiviti yang akan dilakukan pada hari ini iaitu membuat poster jualan biskut jejari coklat.
• Peserta membuat sendiri poster jualan mereka dengan menggunakan gambar, text box, table, format tools, font dan saiz.
• Peserta dapat menggunakan fungsi-fungsi yang ditunjukkan untuk membuat poster lain di masa akan datang.

Kebaikan Aktiviti :
• Peserta dapat membuat poster sendiri mengikut citarasa dan kreativiti masing-masing untuk produk mereka.
• Peserta dapat mengulangkaji pelajaran perisian Microosft PowerPoint yang mudah untuk digunakan.
• Peserta dapat mengolah sendiri gambar, perkataan, warna dan saiz yang dikehendaki oleh mereka.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :