Mengenai NADI

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

NADI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap NADI menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan NADI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif NADI



Sejarah

KAMPUNG PARIT HAJI IDRIS telah diteroka pada tahun 1919 oleh Haji Wahab dan Haji Idris. Keadaan pada masa itu masih hutan, berair dan selalu berlaku banjir. Setelah diusahakan, kawasan tersebut telah ditanam dengan padi, jagung, ubi, keladi dan lain-lain tanaman kontan

Haji Idris telah dilantik oleh penduduk di situ sebagai ketua kumpulan dan seterusnya dilantik sebagai Ketua Kampung. Setelah Haji Idris meninggal dunia, tempat beliau diganti oleh Rahmat Bin Haji Wahab.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024


BASIC ICT : MICROSOFT EXCEL – JADUAL KELAS

Aktiviti Terkini | 29 Mac 2024

Program yang di adakan ini bertujuan untuk mengajar pelajar membuat jadual kelas menggunakan Microsoft Ecxel.....baca selanjutnya

PROGRAM STEM : PADDLE BOAT

Aktiviti Terkini | 21 Februari 2024

Program ini di laksanakan untuk pelajar mempelajari mengenai pertukaran tenaga potensi kepada tenaga kinetik dengan menggunakan gelang getah untuk menggerakkan botol bot......baca selanjutnya

PROGRAM SUKANEKA : HARI SUKANEKA BERSAMA PELAJAR TABIKA & ADVOKASI 2024

Aktiviti Terkini | 6 Februari 2024

Program ini merupakan program penutup kepada sesi 2022/2023 antara pihak NADI Kg Parit Haji Idris dan Tadika KEMAS Kg Parit Haji Idris....baca selanjutnya

LAWATAN KERJA DARI YB NORLIZAH BINTI NOH,PENGARAH PENDIDIKAN, PENERANGAN DAN KOMUNIKASI NEGERI JOHOR

Aktiviti Terkini | 21 Januari 2024

Lawatan kerja ini merupakan salah satu tentatif bagi lawatan YB Norlizah ke setiap daerah dan dimulai dengan daerah Tangkak.....baca selanjutnya

PROGRAM STEM – LAVA LAMP

Aktiviti Terkini | 20 Januari 2024

Tujuan utama program ini adalah untuk menerangkan mengenai bahawa...baca selanjutnya

PROGRAM USAHAWAN CILIK – JAJAN OLD SCHOOL

Aktiviti Terkini | 20 Januari 2024

Tujuan utama program ini adalah untuk memberi ilmu keusahawan kepada pelajar dan mengajar pelajar untuk membuat pengiraan dalam bidang berniaga supaya tidak rugi.....baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti